masa tu saya ada appoinment untuk review on my suspected cyst di sebuah gomen hospital. i wrote about this before kan. dan walapun saya sudah further check with private hospital (which the doctor had confirmed that i have no cyst wat so ever yang telah di senarai-hitamkan sebagai suspek jenis-jenis cyst yang saya mungkin ada) tapi selaku penjawat awam saya layankan lah saja apoinment-appoinment bersama gomen hospital itu dengan sabarnya (trust me kesabaran yang tinggi amat perlu especially bila mancari parking dan menunggu turn di hospital). tapi still ndak boleh tahan mau juga di cakap sini. ehe suka kecoh lah saya sekarang neh.
semasa menunggu turn tu, saya notice lah sesuatu. sesuatu yang kecil saja pun. tapi amat mengganggu saya. kebanyakkan pesakit-pesakit di hospital gomen neh terdiri daripada orang kebanyakkan. orang biasa-biasa. pendatang? macam ada juga. eh memang ada pun. jadi dalam sesi penungguan selama 2 jam 15 minit itu saya sudah perasan satu benda. kakitangan hospital neh sangat sibuk. ya saya faham. mereka menghandle ramai pesakit. saya tidak mahu dan tidak akan komplen akan itu. tapi tapi tapi. saya terperasan macam ada double standard telah berlaku (jikalau betul lah penggunaan perkataan saya itu).
situasi: kalau orang berbangsa ini duduk menunggu, kena limpas-limpas saja macam angin. tapi kalau orang berbangsa sama dengan ‘mereka’. dan ya dress up decently. pegang iphone mungkin. dan pakai perfume wangi mesti orang kaya neh. ‘mereka’ pun lalu dan tegur dan senyum dan cakap ‘wait your turn will come soon’ dengan lembut. speaking lagi tu. kalau sama saya cakap bahasa melayu pula. kenapa ya? pakai tudung macam neh paham bahasa melayu saja kah? see? exaggerating kan i.
ngam kah saya pakai perkataan ‘double standard’ tu? saya rasa macam every patient was not treated equally. bukan dari segi treatment lah ya. itu saya percaya semua orang kena rawat sama rata. tapi dari segi public relation. i know lah these doctors busy banyak case banyak masalah mau pikir banyak kerja banyak banyak banyak lah semua. tapi please treat everybody equally. kami tunggu lama tau to see you. to seek for your attention and advise. jadi biarlah penungguan kami yang selama 2 jam 15 minit tu worth. jangan lah cek kelam kabut dan biarlah kami tanya macam-macam soalan yang berbuku di hati ini. sekian terima kasih.
p/s – saya buat my antenatal check up di klinik gomen and also private hospital. just to make a comparison. ada pros and cons lah both side. tapi saya akan meneruskan antenatal di private starting by next month. i think.