November 4, 2011

Alhamdulillah it’s friday

 

Daun bin Hind berkata;
Aku bermimpi seolah-olah hari kiamat telah tiba. Semua manusia dikumpulkan untuk menghadapi hari perhitungan amal. Pada waktu itu aku diperintahkan untuk mendekati perhitungan amalku. Maka aku meletakkan amal kebaikanku pada timbangan yang sebelah dan amal keburukanku di sebelah lain. Maka aku melihat amal keburukanku lebih berat daripada amal kebaikanku. Sungguh pada waktu itu aku kebingungan.
Dalam keadaan demikian, tiba-tiba diberikan kepadaku sesuatu (kain putih), lalu diletakkan pada timbangan amal kebaikanku, lalu menjadi beratlah timbangan amal kebaikanku.


Kepadaku ditanyakan;
Tahukah kamu apakah itu?


Aku menjawab;
Tidak.

Maka diterangkan kepadaku;
bahawa itu adalah anakmu yang gugur pada waktu dikandung oleh ibunya dahulu.


*********************************************************


Muaz berkata, telah bersabda Rasullullah SAW yang maksudnya;
"Demi zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya bayi yang gugur pasti akan menarik ibunya untuk memasuki syurga, jika ibu berharap pahala keranaNya."
(HR. Ibn Majah & Darimi)


*********************************************************


Dari Ali bin Abi Talib RA sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda;
Sesungguhnya bayi yang gugur itu akan menuntut Tuhan jika orang tuanya dimasukkan ke dalam neraka,
maka dikatakan kepadanya;
Wahai bayi yang gugur! Masuklah orang tuamu ke dalam syurga.
(HR. Ibn Majah)


*********************************************************


Dari Abu Hurairah sesungguhnya Rasullullah SAW telah bersabda;
Bayi yang gugur yang telah mendahuluiku adalah lebih aku sukai daripada seorang ahli perang yang aku tinggalkan di belakangku.
(HR. Ibn Majah)

 

tidak lama lagi masuklah tujuh bulan anakku April Tanisha meninggalkan kita. dan aku semakin yakin yang aku tidak akan sembuh dari luka dan kesedihan merindui dia. hehe. i dont believe in time will heal lah. HAHA. rindu ini akan ada bersama aku sampai aku mati. but i’m glad i have this. tidak mengapalah anakku. biar pedih. biar sakit. you are one precious gift for me and babah.

 

ps: aku copy paste ini dari belog seseorang yang paling mungkin memahami rasa aku. entrynya sekitar 2009. tahun di mana di juga merasa kehilangan. she have a boy now and another one coming soon. hehe. terima kasih, Aishah. semoga kamu baik baik saja.

8 in my shoes:

Dayz J said...

Ona, tamau lah sedih-sedih lagi. Cheer up k? =')

Adlilatun Nur said...

:((

Joanne Juend said...

time will heal. HAHA. keras kepala sy neh.

bah, TTC from NOW!

tick tok tick tok

:)

Sheila said...

Ona.. Maybe kalau april ada adik, kesedihan akan berkurangan.

nurarinab said...

B strong dear n b proud..kamu suda dapat kandungkan ahli syurga :) sesuatu yg tidak semua org dpt peluangnya..Masyallah

FionaHafiz said...

dayah,
no worries. this comes and go. and i am getting used to it. hehe.

kak adli,
=))

dahling,
heyy i rili rili want to believe dat! but very hard you know. HAHAHAHA.

ila,
next year. pray for me okeh. hehe.

arina,
that is all i have/need. enuf to make me strong. eceh. thank you, mami rania.

anangsue@mamajnjnj said...

3x kubaca....aku tersedih

tapi jan sedih2 ona....

FionaHafiz said...

ah anang, jangan sedih sedih! =))