November 10, 2011

ramblings: of husband, soffiya and anything in between

disclaimer: this post will be a very good example on how one thing can lead to another.

Assalamualaikum.

masa aku sedang masak di dapur tadi aku terasa mahu memblog resipi ikan bakar yang aku masak untuk makan malam. aku kan memang suka kongsi kongsi resepi aku yang tidak seberapa neh. resipi pun ala senduk senduk fifi. HAHAHA. jenis masakan simple, home cook for newly wife like me. ngehehe.

oleh kerana aku tiada gambar yang proper. aku harap kamu ada daya imaginasi yang tinggi. kerana aku perlu kamu membayangkan apa yang cuba aku sampaikan. kita cuma akan perlukan ikan yang sudah siap di siang. di lumurkan ikan itu dengan SAMBAL UDANG dalam tin. garam, ajinomoto sedikit (tiada pun boleh), bawang besar, lada besar, lada kecil (untuk prop). peram 15 minit. bungkus dalam aluminium foil atau daun pisang (oh klasik). bakar atas frying pan for 30 minutes max. dan siap! hidangan cipta rasa ala ala mastercep akuu. ngehehe.

sebelum itu, pergilah pasar dulu dan cari ikan yang segar dan sedang besar. kalau ikan kecil, kurang kick dek. dan ikan yang tidak segar, rasa ikan kurang mewah. untung tadi petang masa aku dan husband pegi pasar, kami menemui ikan putih. atau ayat yang lebih tepat, kami baru mengenali ikan putih T_T. harga sekilo ikan putih adalah RM15. itupun dengan saiz yang sedia ada, sekilo dapat dua ekor T_T. tapi mau makan sedap punya pasal, kami pun tutup mata beli ja lah. aku kan mau masak sedap, bagi laki makan, jadi pasal makan ndak boleh lah berkira betul ah. lepas tu nampak udang laut saiz sederhana, sekilo RM15. pun ambik juga. sudah lama nda makan udang.

dulu dulu aku nda berani neh beli ikan jenis mahal mahal. sebab aku baru mahu belajar masak. dan aku ada potensi merosakkan lauk semasa masak. so i end up beli ikan murah such as ikan basung, ikan kerisi, ikan uji rashid. untung untung dapat RM5 sekilo. lama lama aku sudah konfiden dalam memasak, jadi aku pun up grade lah bahan memasak yang aku guna. dari pakai ikan murah, sekarang pakai ikan mahal. aku panggil ini revolusi ikan dari kaca mata aku. HAHAHAHA. makin selalu aku pegi pasar, makin banyak ilmu berpasar yang aku belajar tau.

tapi satu kali masuk pasar kena ready RM50. we want to buy good food. fresh food. just so you know that it is not cheap. belanja barang dapur sebulan sekali is around RM200. belanja dapur (bahan basah) sekali atau dua kali seminggu around RM50. untuk sebulan, you do the math. belum lagi belanja tiba tiba mahu makan begitu dan begini. untuk puaskan perut sendiri seja sudah guna belanja yang banyak dan ini baru makan bagi keluarga kecil (kami laki bini dan adik aku dua orang). bukanlah satu fakta yang aku tahu kalau bukan aku berkahwin sekarang.

aku ingat dulu masa baru beberapa bulan berkahwin, aku pun baru mengandung. ceritanya aku dan suami sudah habis duit. cuma ada lima puluh ringgit yang terakhir. dua tiga hari lagi hari gaji lalu kami sangka kami akan selamat. tibatiba husband aku sakit, jadi duit terakhir itu di guna untuk bayar klinik. malam itu pula aku mahu masak buka tin sardin yang terakhir di dapur (memang stok makanan tin untuk bulan tua). tau tau aku salah tengok, tiada pun tin sardin dalam almari dapur. duit tinggal beberapa ringgit seja lagi, aku suruh husband pegi beli sardin. aku betul betul mau makan sardin malam tu. sekali dia beli sardin jenama entah entah. padahal aku imagine sardine cap ayam. mungkin duit nda cukup untuk beli brand cap ayam. aku nda tanya husband aku, aku just masak sardine jenama entah entah tu sambil nangis. sadis okeh waktu itu. dari situ aku dan husband nekad mau simpan duit untuk kecemasan di rumah. setiap bulan, husband aku akan tabung duit dan tapuk dalam bilik. walapun aku tahu di mana duit tu di tapuk, tapi aku tegah diri sendiri untuk menghampiri kawasan duit itu. cuma husband aku seja yang authorized di situ. aku neh tidak money resistant. hehe.

selain dari duit kecemasan yang di tapuk di rumah tu, kami suami isteri memang tiada buat simpanan. duit gaji bulanan memang cukup cukup selalu. Alhamdulillah. for rainy days, aku dan suami dua dua ada insurance. April pun ada insurance since aku pregnant 7 months lagi (but for what had happen, the insurance has been waived). sebab aku fikirkan kami neh tiada simpanan, so kalau tiba tiba sakit, adalah juga yang dapat menolong. tapi aku faham juga, both of us pun kerja makan gaji. no side income and kami baru mahu bermula membina hidup berdua, banyak hutang untuk kumpul harta dan aset. so we start small and hopefully we can finish strong.

its been few nights sempena 4 episod terakhir soffiya, aku mengadap depan TV tidak bergerak, tidak memasak, makan Pizza sekali, makan KFC sekali, dua kali laki aku yang masak, jadi hari neh aku memang plan to cook nice dinner for him. ecehhh. and i know exactly how to win his stomach. laki aku suka makan ikan, pedas dan sup sayur yang sedap. nanti dia hirup sup tu dia akan cakap “emmmmm sedapppp”. lepas tu dia rasa ikan bakar tu dia akan cakap “sedap owh umyyy”. kemudian aku akan cakap “kalau umy outstation lamaaaaaaaa, aby rindu kah neh nanti masakan umy?” di mana sebenarnya aku mau cakap kalau aku mati, tapi macam drama sangat lah pulak. HAHAHAHA. laki aku jawab “rindu la bah. bila tu?” T_T

well my point is, isteri tidak boleh malas malas masak lah. masakan dari air tangan isteri adalah pengikat suami. aku pernah baca entah dari mana kenapa artis artis selalu cerai sana sini, sebab diorang malas masak, selalu makan luar, sebab tu walau cantik cantik tapi di cerai suami juga. eh. macam pandai pandai lah pulak kan orang tu cakap kan. tapi jangan percaya sangatlah. mungkin seja. mungkin. mama aku pun pernah cakap kalau malas masak, nanti laki cari tukang masak lain. heyyy cannot be. HAHAHAHA. *seram*

and my other point is, how to survive marriage hood economically. masa aku mula kahwin, betul aku culture shock. dan mengeluh sedikit sebab nda biasa. spending kena control because first thing first. lama kelamaan baru lah dapat tangkap rentak dia macamana. now Alhamdulillah. i know the tricks already! but still i have a lot to learn. mau buat saving for old days dan naik haji pulak. insyaAllah.

okaylah. i think i better stop now. my ramblings can go on forever. sila buang yang keruh dan ambil yang jernih ahh. bye.

 

ps: eh kalau kejadian kempunan sardin cap ayam tu tidak terjadi, mungkin sampai sekarang kami ndak pandai menabung.

pss: aku tamahu follow tentang dhia, nanti laki aku kena masak hari hari. haha. nanti empat episod akhir dia, barulah aku follow.

13 in my shoes:

Chii said...

haha..like dis post.

Joanne Juend said...

entry 6 bintang. boleh? haha..

sy takut masak sbb lakiku kalau suda makan masakan sy, dia lupa dunia lepas tu membebel sbb dia gemuk. tapi tetap sy masak. Sayur tumis bawang putih dia tetap makan 2 pinggan nasi. HHoo!! Dasyat..

tapi betul, to win his heart is by winning his stomach! mari menggemukkan laki kita masing2.. haha..

Sheila said...

I like this post too! Laki ku penggemar ikan, dan aku mula2 dulu pun mcm kau, perosak ikan. ikan yg dia beli ikan yg dia suka dan harga boleh tahan. kenapalah aku nda terfikir mcm ko dulu ah? beli ikan murah utk test masakkan. tapi, lepas ariana lahir, tiba2 aku hebat menggoreng ikan.. mau goreng basah2 atau garing2? u name it.. ahaha

-ilyannur- said...

kenapa bah aku suka baca blog ko ni?heran aku hahaha.
ko tau, aku ni pun ndada saving ni. itu la duit gaji, itu la juga saving kunun. ni kali lah, bagus jg entry ko ni. suka aku.

Nurul Aima Hj Kaim said...

ona aku pecaya tu kalu kita rajin masak org yg sll mkn masakan kita ingaaaaaaaaat sama kita..tu la kita ingt masakan nenek, mama, macik si itu si ini..

anangsue@mamajnjnj said...

yak ampun!

baruu aku mo stat feeling sudah baca entrimu ni abisss pulak....


suka banget ni entri ona..

len kali kasi panjanglah kusuka caramu bercerita bah..


serius ya...

sebab feeling..ada bau bacang ngan cerita kami dulu2 ni time ada sudah juan..jajang dan bila tiba jannah ni baru pandai adjust belanja...

thanks ingatkan aku..pasni mo buat en3 camni jualah

tqa said...

seronok! :)

Dayz J said...

Ona, part saving tu aku setuju. kami neh lagi lah, satu gov satu company,lagiiii lah pandai sesak. tapi nasib di company kami neh senang cari side-income. dapat juga extra suku gaji tiap bulan. aku pun macam kau mula mula memang susah biasakan diri dengan money control, tidak biasa berkongsi kan. now, its getting better lah. ahh rupanya kahwin tu tidak mudah lah kan, masa muda dulu ingatkan kahwin neh sekadar 'dua orang bercinta yang tidur bersama', tapi ternyata silap. It is more than that.

PS: Alaa. kenapa tiada gambar ikan bakar itu?? imaginasi aku failed lah

misya mialen said...

fiona, aku baru beli ikan ntah apa nama tu, aku lupa, tp 1 kg rm16. aku ambi 2 potong dan harganya rm 8. aku imagine harganya dalam rm 5 or rm 2 tapi lebih mahal. tp, memandangkan org tu sdh kasi masuk plastik, aku pun byr jak la. sbb mo msk sedap utk laki punya pasal.;D. hidup berumahtangga ajar kita banyak erti toleransi.;D

Mell_f said...

nduk ba kisah sardin mu tu.

Sheila said...

oh iya...Ona.. cara aku sama laki ku saving kan, kami buat potongan dari gaji terus ke akaun tabung haji.. jadikan, duit tu jarang betul terkacau unless betul2 emergency. Aku mula2 dulu start dengan memotong rm200 ja sebulan. Semakin bertambah rezeki, aku kasi tambah lagi potongan. lagipun tabung haji ni teda atm card. jadi kau berfikir dua tiga kali mau masuk menghadap pakcik makcik d kaunter tu yg meninguk kita sebaga orang mdua yg balik2 kasi keluar duit. hehe

FionaHafiz said...

aci,
aku pun. lucu kalau ingat. hehe. kesiannya kami duluu.

joanne,
laki makan menambah nda bole di tegur. terus depressed. pagi petang dia jogging non stop wlupun hujan T_T

ila,
goreng ikan aku paling fail. sekarang baru mau pandai sikit sikit. hehe.

lian,
nahh sama bah kita nda pndi saving. nanti kawin trus sengasara jumpa laki pndi saving. ah ah ah. nda pa. pelan pelan belajar.

aima,
klu kita ingat makanan tu sedap, konfom ingat siapa tukang masaknya kan.

nang,
oh ertinya aku normal lah kan. syukur. sekarang baru baru juga mau pandai bajet belanja bah nang T_T

FionaHafiz said...

tqa,
apa yang seronok ni dek T_T

dayah,
actually aku suka idea seorg kerja swasta dan seorg kerja gomen. you'll gain each other's benefit. klu ada pluang masuk private blk, maybe i will take a v serius consideration =))

misya,
barulah tahu mcmn benda kecil boleh impak benda besar. hehe.

mel,
smpi skrg aku sedih mel klu ingat ingat. sggh kasian. but it gives us a v big lesson.

ila,
insyaAllah. usul untuk tahun depan tu. menunggu gaji baru. hehe.