Assalamualaikum.
Tadi pagi semasa waktu beramah mesra dengan orang orang office, isu yang kami bincangkan adalah
“Miiiiii, banyaknya saman kereta kauuu”
eh? macammana dorang tau neh. sedangkan laki aku sendiri pun nda tau. selama ini aku memang berahsia sama dia yang bahawa aku ini mungkin sudah di saman 7 – 8 kali kerana parking. aku suka mewujudkan parking space sendiri! aku memang punya kesabaran terhadap mencari parking yang sangat nipis. dan aku selalu lepaskan perasaan ini di dalam twitter <--- eceh sindrom orang kebaruan ada twitter. di mana-mana dia mesti mau bagitau dia ada twitter. uhuk.
balik cerita. macamana dorang boleh tau tadi tu. orang office aku neh pegi main main laman web myeg tuh. jadi pegi masukkan nombor ic semua orang di office. lepas tuh di temuilah pulak pemenangnya siapa. HAHAHA.
inilah akibat asal kena saman pegi tapuk itu surat saman jangan bagi laki nampak. aku juga pernah buang terus kertas saman tuh sebab aku sakit hati aku kena saman padahal bukan salah aku KK nda cukup parking space. ya Allah saikonya akuu T____T
eh tapik 2010 prestasi aku di jalan raya cemerlang lah. langsung tiada saman. weewitt.
jadi pergi kira total up saman yang perlu kita bayar. RM 510. ok lah tuh (sambil menangis di dalam hati). sebab aku selalu kira kira sendiri (sedar diri juga neh), aku ada 7 ke 8 saman, setiapnya RM300 (aku reka reka harga), so semuanya is RM2000 plus plus kan. jadi aku masih boleh bersyukur lah sebab kiraan sendiri itu nda betul.
bila bulan pengampunan nya ni ahh?
barulah kau sebok
T_____T
7 in my shoes:
ona..punya main banyak tu RM2k bh..bh palan2 ko bayar
sy pun selalu main paking tepi jalan tp insaf sdh semenjak saman paking naik rm150.menangis p bayar.dulu rm30 jak
bulih tahan ni bini2 banyak samanmu dayang...aku melihat traffic pun bergegar suda, apalagi kalu ada block kan aku cam menangis suda suru jnj pakei t.pinggang
ona...
aku pun banyak.... gila ni. ya, bila tu time pengampunan.. ari tu makcik aku byr time pengampunan kan, ada 90% discount time tu. 90% tu....
Ona, aku tapenah trafic obstruction lagi. Tapi saman SPEEDING di jalan Kinarut-Putatan sekitar jam 7 ke 8 pagi hari bekerja. Hahaha Dua kali jo.
beaty,
yang 2K tu yang saya kirakira sendiri bah tu. yg sbnrnya RM500+. ehh bila lah mau bayar neh. sayangnya duit. tsk tsk.
dyana,
bila saman naik harga pun aku nda tau bah. astagaa. menyesal dahulu pendapatan, menyesal skrg tiada berguna sudah aku neh.
Anang,
gitu lah aku sekarang nang. pandai jadi polis sendiri dalam kereta.
zaza,
kestau aku ah kalau bulan pengampunannya sudah. hahaha.
dayah,
kalau speeding tu aku pandai jugak agak agak dan bersabar. jangan ja ndak da parking. emosi bah. hahaha.
Post a Comment