Assalamualaikum.
ada satu anak buah aku neh. umur dua tahun. budak baru dapat kaki. kerjanya melompat ndak berhentihenti. imagine. lantai yang mempunyai degree yang sama. maksudnya permukaan rata lah. tapi berlainan warna. contoh karpet dan tiles. pun mahu di lompatnya. dan bila si uncle skateboard itu datang membawa ajaran lompatan dari sisi (kaki kanan/kaki kiri). mula lah dia melompat dengan style baru. ndak berhentihenti sambil dahi berkerut tanda sedang konsentrasi sampaikan nenek perlu datang menyelamatkan menghentikan dia dengan pelukan. kami di sekeliling yang memerhatikan sudah cedera tumbang terbalik sakit perut ketawa. eh budak ini sungguh funny. luarbiasa. dari hipotesis awal yang di pelajari. kids at this age, still learning on balancing and controlling their feet. hebatkan macik pacik neh buat anak buah jadi uji kaji.
jadi dengan corak hidupnya yang hectic begitu, dia sangat tidak gemar makan. mau di kejar ke sana ke mari dengan nasi. mau di sogok dengan segala warna kereta. dan dengan segala Ranjit, Meimei dan Ihsan di panggil makan bersama sekalipun, kalau dia bilang NO-NO. jadi ndak lah makan. aku ndak tau lah masa aku umur begini pandai ka tidak aku sebut NO-NO. aku rasa memang ndak pandai lah. kesannya sampai sekarang ndak pandai sebab NO-NO dan asyik kena buli di pejabat. ini bukan entry pasal kau lah, Ona. ok maaf. budak budak sekarang memang ranggi.
eh takenal Ranjit, Meimei dan Ihsan? hem sila banyakkan membaca.
tapi ada lah satu orang neh. dia kalau menyuap Danish makan, makan betul lah budak tu oleh dia. siapa lagi kalau bukan. ehem tiga huruf dua suku kata. kalau Ona bilang “eat rice”, buka mulut dia luas luas mau eat rice kesian. kalau Ona bilang “eat chicken”, terus angguk kepala dan ulang cakap Ona “eat iken” kuatkuat. miracle bah di tengok. jadinya, kalau masa kenduri kendara, aktiviti mengasi makan dia, akulah calon menang tanpa bertanding.
one of the neneks cakap yang aku punya tangan adalah tangan yang belum berpunya (belum ada anak sendiri yang di suap makan) sebab itu budak suka makan dari tangan ini. manis gitu <--- ah ini aku sendiri yang tambah HAHAHAHA
so kalau siapa siapa ada anak yang ndak gemar makan mari sini aku tolong suapkan. lepas habis makan, aku boleh ajar melompat pelbagai sisi. erk.
Danish sekarang suka berkawankawan. kalau boleh semua orang yang dia jumpa dia cakap ‘hi’ sambil lambai dan senyuman menawan. macam ciri ciri pengurat seja neh. Aya pula comel macam kuih bahulu. tengok dia boleh jadi lapar selalu. erk. tengok dia rasa mau tengok terusss. hehehehe.
3 in my shoes:
Auwww Aya, comelnya pipi labuh, terserlah kelabuhannya disini...
jd aku punya tangan pun blm bpunya la ni!
*mau eksperimen*
as,
awww rindu kelabuhan pipi? ah you know wat to do.
chii,
haha ada tanda seru tu bah macam tekejut and in denial. boleh ujikaji dulu.
Post a Comment