February 3, 2012

the helmet story

cerita hari ini. hari jumaat. husband aku beli helmet baru.

“fuiyooo aby beli helmet baruuuu. bila beli neh umy ndak tau pun. wehhh bila beli ni wehhhhh ndak kestau pun wehhh bila nehhhh” *kecoh betul aku time neh*

“kelmarin lah. aby pegi likas jap beli bukan lama bah kejap ja pun”

“ooooo ndak kestau punnnnn”

“nanti umy bising aby”

eh?

“aby sudah tengokkan helmet umy juga, nanti gaji aby beli. semat punyaaaa”

eh?

kenapa macam sama macam aku tuh? situasi. kalaulah aku ada melakukan sebarang pembelian di luar pengetahuan suami (biasanya time jalan dengan kawan kawan la neh) selalu aku sembunyikan bakul pembelian tu untuk sehari macam tu sebelum kasi nampak dia. lagi besar bakul itu, lagi lama aku sembunyi dia T_____T. eh aku pun tatau kenapa aku macam neh. walaupun aku beli tudung lima belas ringgit seja tuh, aku simpan dalam beg, aku takut betul mau keluarkan. simpan situ satu malam, besok baru keluarkan. entah apa apa pikiran aku. lepas tuh kalau kedapatan dan situasi tidak berjalan lancar, aku mesti cakap yang aku mau beli bla bla bla untuk dia tapi bla bla bla. ah aku teror betul kalau part neh tauu.

kita neh (esp working wifeys) cukup tahu dan kenal ayat “aku beli pakai duit sendiri”. yalah selalu kan mau defend diri bila orang cakap kita neh kuat shopping and spending tu kan, we end up cakap “alaaaa aku beli pakai duit sendiri tauu. bukan pakai duit laki aku. aku carik duit sendiri bla bla bla”. kan? kan? lepastuh flips hijab lagi konon konon sangat urban lah tu. HAHAHA. well the reality is walaupun aku boleh ja cakap macam tu, tapi sebenarnya rasa dalam hati tuh ndak best tau.

sebelum kahwin ya memang best begitu belanja gaji bulanan like a boss. penat penat kerja haruslah reward diri kan. motivational handbag. motivational shoes. semuanya berunsur motivational tuh. lagipun kau takut apa, habis duit or in case of emergency boleh minta parents. ah jangan tipu. memang beginilah kan. sebab aku dulu begitu. tapi lepas kahwin, aku nda berani sudah mau spending macam sebelum kahwin. eventho it is my money. tapi aku ada perasaan segan to do reckless spending thinking about the husband. dan rupanya dia pun sama macam akuu hehehehe

dan sebenarnya aku nda rasa apa pun bila dia beli helmet harga blablabla macam tuh yang dia takut aku bising or worst marah dia sebab amboi ewah lama pula lagi kita gaji ni kan. aku rasa macam “eh? kau tamau kestau sebab kau takut aku bising?” “eh? perlu kah bising dan marah? aku pun baru beli tudung nehh”. walaupun harga ndak match harga helmet tuh tapi aku pun taboleh takbur sangat sebab anytime aku boleh melakukan impulse buying neh. let just say that i knew myself enough HAHAHAHA

2 in my shoes:

Dayz J said...

Understood and agreed. 1) Kalau aku membeli untuk diri, harus belikan untuk Bob juga. Rasa kesian and semacam tidak adil.2) Dulu masa bujang apa takut, duit sendiri habis boleh minta mak, bila dah kahwin, duit tu macam duit bersama, jadi kalau habis kau taboleh merengek minta sebab kau tau keadaan kewangan dia macamana kan.

mELna said...

Haha..sama samgat dengan Mel. Beli dulu, lepas itu baru kasi tau Hubby. Lepas itu berhujah kebaikan benda-benda yang dibeli. Tapi kalau sudah mahal sangat, kena minta izin juga dulu. Hehehe